My Add

Friday 13 July 2012

Ada 'tauke' beri habuan tutup mulut pegawai kerajaan

GUA MUSANG, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Pegawai beberapa agensi kerajaan di negeri ini dipercayai menerima rasuah daripada pengusaha lombong emas haram sebagai habuan bagi melindungi aktiviti perlombongan emas haram.

Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa berlaku rasuah antara pemilik lombong dengan beberapa pegawai kerajaan.

"Maklumat yang kita terima mengatakan ada 'tauke' lombong yang memberi habuan kepada pegawai agensi yang berkenaan setiap bulan bagi menutup mulut mereka.

"Risikan pegawai kita di salah satu lombong emas haram di negeri ini juga mendapati ada pihak yang menerima wang sehingga RM5,000 setiap bulan," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment