My Add

Wednesday 25 July 2012

Air Selangor: TPM akan umum kenyataan muktamad

PUTRAJAYA, RABU, 25 Julai, 2012: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengeluarkan kenyataan penting dan muktamad kerajaan Persekutuan berhubung isu air Selangor yang semakin meruncing ketika ini, dalam masa terdekat.

Beliau berkata sebarang keputusan yang akan diambil kerajaan berhubung isu itu tentunya mengambil kira kepentingan dan keperluan rakyat Selangor dengan memastikan bekalan air di negeri itu mencukupi bagi jangka masa panjang.

"Peguam Negara (AG) masih bermesyuarat dan akan melaporkan kepada Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor.

"Buat masa sekarang kita masih kumpulkan semua maklumat berkaitan isu ini termasuk saranan-saranan daripada semua pihak termasuk pihak negeri, pengguna (rakyat Selangor) dan pihak syarikat berkenaan.

"Selepas itu Timbalan Perdana Menteri akan keluarkan satu kenyataan dalam masa satu dua hari," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2012 sempena sambutan Hari Kemerdekaaan ke-55 peringkat kementerian, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Chin menafikan dakwaan kerajaan pakatan pembangkang Selangor kononnya keputusan kerajaan persekutuan untuk meneruskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan membebankan rakyat negeri itu.

"Kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat. Kenapa kita lakukan semua ini?

Untuk rakyat...jadi macamana pula rakyat menderita apabila kita melakukan yang betul untuk rakyat...Apa yang kita lakukan adalah supaya bekalan air mencukupi," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment