My Add

Thursday 26 July 2012

Rayuan untuk tangguh kes bunuh Sosilawati hari ini

PUTRAJAYA, RABU, 25 Julai, 2012: Mahkamah Rayuan menetapkan esok bagi mendengar rayuan empat individu untuk menangguhkan perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang sedang didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ia ekoran tindakan dua hakim iaitu Datuk Ramly Ali dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang menganggotai panel tiga hakim yang bersidang, menarik diri daripada mendengar rayuan tersebut hari ini.

Mereka berpendirian demikian kerana pernah terlibat dalam satu panel lain ketika memutuskan permohonan berasingan melibatkan dua pekerja ladang yang disabitkan atas kesalahan melupuskan mayat Sosilawati dan tiga yang lain.

Dalam keputusan pada 11 April tahun lalu, mereka menolak permohonan U. Suresh, 28, dan K. Sarawanan, 21, untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 Februari 2011 yang meminda hukuman mereka kepada penjara 20 tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment