My Add

Wednesday 11 July 2012

Akta Sains Kebangsaan dibentang di Parlimen

*MAXIMUS Ongkili (dua dari kanan) melawat gerai pameran selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Akademi Sains Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 Julai, 2012: Akta Sains Kebangsaan yang diwujudkan bagi menyokong Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, pembentangan akta tersebut akan disusuli dengan pembentangan penubuhan Akademi Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Menurutnya, setakat ini segala rundingan di peringkat kementerian berkenaan penubuhan akta dan akademi itu sudah selesai.

"Kini kedua-duanya di peringkat pemerhatian serta analisis Peguam Negara dan dijangka dibawa ke Parlimen selewat-lewatnya pada hujung tahun ini," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment