My Add

Wednesday 11 July 2012

Kurang penderma punca pemerdagangan organ meningkat

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 Julai, 201: Kekurangan penderma yang bersedia untuk menderma organ mereka menyebabkan aktiviti pembelian organ secara haram semakin berleluasa di seluruh dunia.

Calon Anugerah Nobel Keamanan 2010, Prof. David Matasberkata, selagi bilangan senarai pemohon organ masih ramai, maka pasaran gelap penjualan organ ini semakin diperlukan.

"Masyarakat kurang pendedahan terhadap pendermaan organ sehingga menyebabkan pesakit terpaksa menggunakan alternatif secara haram yang menyalahi undang-undang, tidak beretika, mahal serta tidak selamat.

"Kita seharusnya terus melancarkan kempen-kempen yang berkaitan untuk memujuk lebih ramai bertindak dan meningkatkan kesedaran terhadap pendermaan organ," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah pemerdagangan organ di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment