My Add

Friday 20 July 2012

Anggota polis dituduh sebabkan kematian rakan setugas

KLANG, JUMAAT, 20 Julai, 201: Seorang anggota polis berpangkat Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian rakan setugasnya, Koperal Mustaghini Tabri dalam suatu sekatan jalan raya, bulan lalu.

Mohd. Sedi Mat, 51, dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Trafik Klang Selatan, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hurman Hussain.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 1.45 pagi, 3 Jun lalu di Jalan Lingkungan Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Mohd. Sedi yang diwakili peguam Afiffuddin Mohd. Hafifi dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 10 September bagi sebutan semula kes. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment