My Add

Friday 20 July 2012

Dua rakan dipenjara 12 tahun sebabkan kematian pelacur

SHAH ALAM, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Dua rakan masing-masing dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang pelacur berusia 49 tahun.

V. A Mareiyama dan J. Sanmugam didakwa menyebabkan kematian L. Kamala pada pukul 4 petang, 16 Julai 2008 di rumah No. 41-3, Blok C, Jalan PJS 3/46 Taman Sri Manja, Petaling Jaya dekat sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Datuk Nurchaya Arshad. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment