My Add

Friday 13 July 2012

Bantahan pelbagai pihak terhadap Himpunan Oren meningkat

*WARGA peneroka Felda Wilayah Jengka mengadakan demonstrasi aman di Felda Jengka 23 bagi membantah keras cadangan pihak yang mahu menganjurkan Perhimpunan Oren Selamatkan Felda di Felda Jengka 23, Kuala Krau, Pahang, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Julai , 2012: Bimbang berlaku kekecohan seperti perhimpunan Bersih 3.0, beberapa pihak di seluruh negara hari ini membuat laporan polis bagi membantah penganjuran Himpunan Oren oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di ibu negara, Sabtu ini.

Di JOHOR, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu.

Naib Ketuanya, Nor Azhar Abdul Hamid berkata, laporan polis dibuat pihaknya semalam di Balai Polis Taman Pelangi Indah kerana bimbang perhimpunan itu akan mengulangi insiden sama seperti Bersih 3.0 yang mengundang tindakan ganas dan tidak terkawal oleh peserta himpunan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment