My Add

Friday 13 July 2012

Wei Aik perlekeh usaha polis?

PULAU PINANG, KHAMIS, 12 Julai, 21`: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik diselar kerana memandang rendah keupayaan polis ketika 'ujian' pencegahan jenayah dijalankan oleh MCA di sini baru-baru ini.

Pengerusi MCA Cawangan Komtar, Lim Cheng Hee berkata, dalam ujian berkenaan, polis berjaya membuktikan mereka memiliki kecekapan dan mampu menangani jenayah secara lebih berkesan.

Beliau juga menolak dakwaan wakil rakyat DAP itu bahawa pihaknya dan polis telah berpakat dan sekadar 'berlakon' di depan pihak media ketika ujian tersebut dijalankan.

"Kenyataan Wei Aik tidak betul kerana dia seolah-olah menidakkan keupayaan pihak polis," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam akhbar baru-baru ini bahawa ujian yang dilaksanakan itu hanya membuang masa polis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment