My Add

Thursday 12 July 2012

Bebas tuduhan perdagang wanita Indonesia

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pengurus pusat kecantikan daripada tuduhan memperdagangkan dua wanita warga Indonesia untuk bekerja sebagai pelacur. 

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan tersebut di akhir kes pendakwaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Phang Chee Kung, 57.

Phang didakwa memperdagangkan Sonia, 24, dan Endang Sekerayu, 25, dengan memaksa mereka bekerja sebagai pelacur di hadapan bilik nombor 210, Golden Asean Hotel, nombor 520-522, Jalan Pudu pada pukul 7.05 malam, 7 Disember tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 
Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil seramai enam saksi. 

Phang diwakili peguam Roslie Sulle manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli mengendalikan pendakwaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment