My Add

Thursday 12 July 2012

Penjual nasi ayam mengaku tidak bersalah cuba bunuh polis

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Seorang penjual nasi ayam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan cuba membunuh dengan melepaskan tembakan ke arah seorang anggota polis.

Kow Wai Foo, 32, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Konstabel Jasmi Yaakob di Jalan Radin Tengah, Sri Petaling dekat sini dua tahun lepas iaitu pada 26 September 2010, pada 1.55 petang.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Wai Foo yang disenarai sebagai orang dikehendaki polis, ditangkap semalam di Seremban selepas orang ramai membuat aduan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment