My Add

Thursday 19 July 2012

Bekas kapten didakwa mengaku dirinya Allah dan Nabi

AYER KEROH, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Seorang bekas kapten kapal didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana mengaku dirinya Allah dan Nabi akhir zaman.

Bagaimanapun, tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, kira-kira jam 3.15 petang kelmarin. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengejek agama Islam dengan menyatakan 'aku mengaku aku Allah' dan 'aku ini Nabi akhir zaman'. 
Dia dituduh mengikut Seksyen 62, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu mempersenda agama Islam. - BH Oline

No comments:

Post a Comment