My Add

Thursday 19 July 2012

19 Julai Hari Pesara

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 19 Julai setiap tahun sebagai Hari Pesara bagi menghargai sokongan dan sumbangan kepada negara. 

Perdana Menteri berkata, hari istimewa itu juga bagi membuktikan kerajaan tidak pernah melupakan khidmat dan komitmen pesara untuk pembangunan negara. Sebelum ini, Presiden Kesatuan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia

(KUPEKMAS), Datuk Omar Osman mencadangkan kepada kerajaan supaya mengisytiharkan 19 Julai setiap tahun sebagai Hari Pesara. 
"Ini adalah penghormatan terbesar yang kita boleh berikan kepada pesara yang sudah banyak menyumbang tenaga dalam membangunkan negara hingga kini. 

"Saya tahu golongan pesara tidak meminta apa-apa ganjaran tetapi golongan ini cuma mahu keprihatinan daripada kerajaan," katanya ketika melancarkan KUPEKMAS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi. - BH Online

No comments:

Post a Comment