My Add

Sunday 15 July 2012

Beri penjelasan terperinci mengenai Akta TCM - MSCM

SHAH ALAM, AHAD, 15 Julai, 2012:Persatuan Perubatan Komplementari Malaysia (MSCM) menggesa Kementerian Kesihatan mengadakan lebih banyak forum awam dan memberi taklimat kepada pihak berkepentingan berhubung cadangan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM).

Presidennya, Dr. Lee Chee Peng berkata, persatuan itu tidak berpuas hati dengan cadangan yang memerlukan pengamal TCM menjalani tugasan sekurang-kurangnya setahun dengan mana-mana hospital atau institusi yang dikenal pasti oleh Majlis TCM yang dicadangkan.

"Cadangan Akta TCM akan menimbulkan masalah besar kerana ia memerlukan pengamal mengikuti intership (latihan bekerja) untuk tempoh tidak kurang setahun.

"Ini sudah pasti akan mengganggu rutin harian mereka kerana mereka terpaksa terikat bagi memperoleh lesen amalan,” katanya kepada pemberita semalam.

Rang Undang-Uundang TCM yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan pertama pada 27 Jun lepas, antara lain memerlukan semua pengamal supaya berdaftar dengan Majlis TCM yang dicadangkan.

Mengulas lanjut, Chee Peng berkata, Kementerian Kesihatan perlu memberi penjelasan mengenai cadangan Akta TCM bagi memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada lebih 15,000 pengamal di negara ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment