My Add

Sunday 15 July 2012

Generasi muda perlu hargai muzik tradisional

 KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Julai, 2012:Generasi muda perlu sentiasa menghargai dan terus berusaha untuk memelihara khazanah muzik tradisional yang terdapat di negara ini dan rantau Asia Tenggara kerana ia mencerminkan identiti masyarakat serantau.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli berkata, walaupun sering didendang dengan kepelbagaian muzik moden, namun adalah penting untuk terus memartabatkan muzik tradisional yang menjadi asal-usul kepada muzik hari ini.

"Kita perlu menghargai dan memelihara muzik tradisional kerana itulah sebenarnya jati diri bangsa Malaysia yang membuatkan kita berbeza dari negara lain,” katanya semasa merasmikan penutupan Kem Muzik Tradisional Asia Tenggara 2012 di sini semalam.

Justeru, beliau berkata, penganjuran kem itu sangat relevan dan bertepatan dengan usaha kerajaan untuk terus memartabatkan muzik tradisional negara di peringkat antarabangsa.

"Apa yang kem ini laksanakan adalah memberi peluang kepada pemuzik tradisional negara Asean untuk berkongsi pengalaman dan mencari kaedah bagaimana muzik tradisional dapat terus segar, khususnya di kalangan masyarakat muda,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment