My Add

Tuesday 3 July 2012

Betty enggan ulas Phaik Kheng

Oleh AMRAN MULUP
MELAKA, ISNIN, 02 Julai, 2012: Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng mengelak daripada mengulas isu seorang wanita, Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan suaminya, Lim Guan Eng.

Ketika ditanya oleh wartawan selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana meminta mereka bertanya kepada ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo yang menimbulkan persoalan berkenaan.

''Itu saya tak tahu kes, kalau nak tahu eloklah suruh YB (Yang Berhormat) yang gulung usul itu, bercakap dalam akhbar dan televisyen," ujarnya.

Perkara itu dibangkitkan oleh Tian Loo sewaktu menggulung perbahasan usul membantah perhimpunan Bersih 3.0, yang diadakan pada 28 April lalu.

Tian Loo bertanya kepada Betty jika beliau mengenali Phaik Kheng sambil menunjukkan foto Guan Eng yang di dahinya tertampal plaster. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment