Oleh MALINDA ABDUL MALIK
BALIK PULAU, ISNIN, 02 Julai, 2012: Tiga warga emas mendakwa diperalatkan oleh pembangkang untuk meramaikan program lawatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng ke Teluk Bahang di sini pada Sabtu lalu.
Ketiga-tiga wanita itu yang kesal kerana dipermain-mainkan sedemikian berkata, seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan mereka akan menerima sumbangan berupa wang tunai daripada kerajaan DAP Pulau Pinang jika hadir.
Mangsa, Norma Yusof, 63, berkata, dia kecewa kerana pemimpin pembangkang tersebut sanggup menipu penduduk kampung semata-mata mahu menunjukkan rakyat menyokong kerajaan DAP Pulau Pinang.
"Saya pergi majlis terbabit tetapi nama saya tidak dipanggil untuk menerima bantuan. Apabila saya pergi berjumpa dengan pemimpin PKR yang datang berjumpa saya Rabu lepas, dia cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan saya," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment