My Add

Saturday 14 July 2012

Briged Sukarelawan Khidmat Negara diperluas

PASIR MAS, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Kerajaan akan memperluaskan penubuhan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) bagi mengaktif dan menambah baik mutu latihan dalam kalangan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). 

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata walaupun objektif utama memupuk semangat kesukarelawan di kalangan rakyat sudah dilakukan semasa mengikuti PLKN, ia lebih menekankan nilai tambah dari segi mutu latihan dan insentif kepada peserta BSKN. 

Beliau berkata, cadangan memperluaskan BSKN itu perlu dan seiring dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semasa melancarkan pasukan itu di FELDA Chini, Pahang pada Februari lalu. 

"Dengan melatih lebih ramai anggota briged itu, ia memberi nilai tambah dan pengaktifannya dapat meningkatkan mutu latihan di kalangan peserta," katanya selepas majlis penutup PLKN Kumpulan 2 Siri 9/2012 Peringkat Kebangsaan di Kem Cancun Park, di sini hari ini. 

Seramai 25,000 pelatih menamatkan latihan siri itu di pusat PLKN seluruh negara, termasuk 320 pelatih di Kem Cancun Park. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment