My Add

Thursday 12 July 2012

Bukti kelemahan pentadbiran PKR

KUALA LUMPUR, RABU, 11 Julai, 2012; Pendedahan terbaru berhubung tindakan kerajaan negeri Selangor membeli bekas lombong daripada Talam Corporation Bhd. (Talam) membuktikan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang terus membazirkan wang rakyat.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pendedahan itu wajar demi membongkar ketidakupayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mengurus tadbir negeri itu.

Menurutnya, Selangor merupakan negeri yang maju tetapi malangnya ia ditadbir pihak yang tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik.

"Pendedahan demi pendedahan membuktikan ada sesuatu yang tidak betul dengan cara mereka menguruskan negeri Selangor.

"Pada masa empat tahun memerintah, kerosakan yang mereka lakukan lebih teruk daripada yang terjadi sewaktu pemerintahan pihak terdahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment