My Add

Thursday 12 July 2012

300 berarak serah memorandum

*SEBAHAGIAN daripada 300 orang yang mewakili beberapa NGO berarak secara aman ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyerahkan memorandum bantahan di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
SHAH ALAM, RABU, 11 Julai, 2012: Lebih 300 orang berarak sejauh satu kilometer dari Dataran Shah Alam ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Kumpulan tersebut terdiri daripada wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Waris Malaya, Majlis Belia Selangor dan Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor/Wilayah Persekutuan.

Mereka mula berkumpul di Dataran Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi sebelum berarak ke bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment