My Add

Tuesday 17 July 2012

Buku Panduan Akta Persaingan 2010

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) hari ini menerbitkan Buku Panduan Akta Persaingan 2010 kepada orang awam sebagai usaha mencipta suasana perniagaan kondusif dan berdaya saing di antara peniaga dan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, buku panduan tersebut untuk memastikan pengguna sentiasa bermaklumat dan terpelihara daripada sebarang manipulasi mahupun eksploitasi para peniaga.

Kata beliau, menerusi buku itu ia akan melengkapkan para peniaga dan orang awam mengenai pemahaman asas mengenai hak dan tanggungjawab masing-masing di bawah Akta Persaingan 2010.

''Saya percaya Akta Persaingan 2010 tidak akan dapat dilaksanakan dengan lancar jika orang awam masih gagal memahami intipati, pelaksanaan dan tujuan undang-undang ini diwujudkan," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment