My Add

Tuesday 17 July 2012

RM37j diagih kontraktor kecil

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
ALOR SETAR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Sebanyak 204 kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan bernilai RM37.36 juta diagihkan menerusi sistem cabutan undi kepada kontraktor kelas D, E dan F di seluruh Semenanjung hari ini.

Daripada jumlah tersebut, sejumlah 19 kerja ditawarkan kepada kontraktor kelas D dan 22 kerja kepada pemegang lesen kelas E melalui sistem yang pertama kali dilaksanakan ke atas mereka manakala kontraktor kelas F sebanyak 163 kerja.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, pelaksanaan sistem cabutan undi itu dilakukan berikutan keputusan kerajaan menawarkan kerja-kerja kecil Persekutuan kepada kontraktor kecil bagi memberi peluang kepada mereka menguruskan projek berkenaan.

Beliau berkata, kebanyakan kerja yang ditawarkan itu boleh dilaksanakan oleh syarikat kecil iaitu kelas D, E dan F, yang sebelum ini sama ada ditender atau dianugerahkan terus kepada syarikat konsesi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment