My Add

Thursday 19 July 2012

Dakwat kekal tetap digunakan pada PRU-13: SPR

PUTRAJAYA, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan dakwat kekal ketika proses pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan tetap digunakan. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata penggunaan dakwat kekal adalah mandatori bagi semua pengundi, sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak, ia akan dibatalkan di saat-saat akhir seperti 2008.

 "Saya beri jaminan ia akan digunakan dan penggunaannya adalah mandatori, bukan pilihan," katanya pada majlis perjumpaan SPR bersama pemimpin parti politik di sini, hari ini. - BH Online

No comments:

Post a Comment