My Add

Monday 16 July 2012

DAP tak peduli kaum India

*SEBAHAIA orang ramai membuat bantahan terhadap kepimpinan DAP yang didakwa tidak mengendahkan nasib kaum India di hadapan bangunan MBJBT, Johor Bahru, semalam. - utusan/Nasirruddin Yazid

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
JOHOR BAHRU, AHAD, 15 Julai, 2012: Dua bekas pemimpin DAP cawangan hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) di sini kerana membantah sikap DAP negeri yang tidak peka dengan kebajikan kaum India di negeri ini.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Saga, V. Thulasi Das dan bekas Setiausaha Publisiti DAP Taman Nesa, A. K. Murugan yang dipecat daripada parti itu pada 18 Jun lalu mendakwa, kepimpinan DAP Johor gagal menyelesaikan masalah kaum India di kawasan berkenaan.

Thulasi berkata, lebih 50 kes aduan yang membabitkan kaum India dan Melayu di kawasan tersebut tidak diendahkan oleh Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment