My Add

Monday 16 July 2012

Selangor didesak benar pembinaan loji Langat 2

SHAH ALAM, AHAD, 15 Julai, 2012: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini hari ini mendesak kerajaan negeri supaya bersikap lebih bertanggungjawab kepada nasib rakyat dengan membenarkan pembinaan Lori Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di negeri itu.

Desakan tersebut dibuat oleh Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) dan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Ketiga-tiga NGO itu ketika dihubungi di sini mahu kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang mengenepikan sikap ego serta tidak bermain politik dalam isu berkenaan kerana ia hanya menyusahkan rakyat selain merencatkan pembangunan ekonomi Selangor.

Ketua GPRS, Zubir Zainudin berkata, sikap degil kerajaan negeri tidak meluluskan projek Langat 2 menyebabkan rakyat menderita apabila mereka akan berdepan catuan bekalan air bersih ekoran krisis air mula melanda Lembah Klang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment