My Add

Friday 13 July 2012

DBP penggerak gelombang baru Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai peranan yang amat penting sebagai penggerak gelombang baru bagi memperkasakan bahan rujukan serta persuratan dalam bahasa Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, justeru, DBP antaranya perlu meningkatkan capaian pengguna dalam bahasa kebangsaan itu melalui maklumat serta program yang disebarkan melalui aplikasi telefon pintar dan komputer tablet.

Katanya, peranti tersebut kini merupakan saluran maklumat utama pelajar, remaja dan golongan profesional muda untuk berhubung dan berinteraksi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment