My Add

Sunday 15 July 2012

Dua maut, dua cedera kereta rempuh motosikal di Melaka

MELAKA, AHAD, 15 Julai, 2012: Dua maut manakala dua yang lain cedera apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh dua motosikal di lampu isyarat Peringgit/Melaka Sentral Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) dekat sini, awal hari ini. 

Mereka yang maut dalam kemalangan pada jam 2.50 pagi itu ialah penumpang kereta Abdul Rahup Yusof, 19, dan seorang daripada penunggang motosikal terlibat, Muhammad Firdaus Md Said, 19. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Besar Melaka untuk bedah siasat, kata polis. 

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga Aeroback yang dipandu Noh Hamrizal Ahmad, 21, hilang kawalan lalu terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan menyebabkannya merempuh dua motosikal. 

Noh Hamrizal, cedera di muka akibat terkena serpihan kaca dan seorang lagi penunggang motosikal, Khairul Bismi cedera di kaki dan dada. Kedua-dua mereka dirawat di Hospital Besar Melaka. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment