My Add

Monday 16 July 2012

Dua sahabat didakwa rompak pengurus projek wanita

PETALING JAYA, ISNIN, 16 Julai, 2012: Dua sahabat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merompak secara berkumpulan terhadap seorang pengurus projek wanita di Puchong, pada 5 Julai lalu. 

Selain didakwa merompak sebuah kereta milik Chua Su Yeak, 32, mereka turut dituduh melarikan beg dompet mengandungi wang tunai RM250 dan dokumen pengenalan mangsa, dari kereta berkenaan. Selain itu, mereka juga didakwa melarikan sebuah telefon bimbit dan beg galas mengandungi komputer riba milik mangsa. 

Muhammad Alif Zainuddin, 21, kelindan lori dan J.Rueben Jeyanath, 18, pelajar sebuah institut pengajian di Sunway, bersama-sama dua orang yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu di di hadapan rumah No. 28 Jalan Tiong 4, Bandar Puchong Jaya, Selangor, pada 8 malam, 5 Julai lalu. 

Mereka dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika disabitkan mereka boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Ogos depan untuk sebutan kes. 

Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah mewakili pihak pendakwaan, sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam V.Kumar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment