My Add

Monday 16 July 2012

Warga Pakistan dipenjara cabul suri rumah 55 tahun

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang suri rumah berumur 55 tahun, bulan lalu. 

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan Atif Shahzad, 29, menjalani hukuman itu secara serentak mulai dari tarikh dia ditangkap pada 29 Jun lalu. Bagi pertuduhan pertama, Atif Shahzad dipenjara enam bulan manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara lapan bulan kerana mencabul kehormatan wanita tempatan itu. 

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di tapak projek lebuh raya, belakang Blok 13, Flat Sri Johor, Cheras di sini antara jam 9.50 malam dan 10.10 malam pada 28 Jun lalu. 

Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan mencabul wanita sama pada masa, tarikh dan tempat sama. 

Bagi ketiga-tiga kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. 

Majistret Erry Shahriman menetapkan 1 Ogos untuk sebutan. 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne manakala Atif Shahzad tidak diwakili peguam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment