My Add

Wednesday 11 July 2012

Emas Kelantan 'dirompak'

*SEKUMPULAN pelombong menggunakan jentera dan mesin melombong di satu lokasi perlombongan emas haram di Kelantan. - UTUSAN

Oleh ABDUL HALIM HADI
KOTA BHARU, SELASA, 10 Julai, 2012: Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini.

Utusan Malaysia difahamkan antara kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti tersebut ialah Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Tindakan `merompak’ hasil negeri yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu itu menyebabkan Kelantan kerugian ratusan jutaan ringgit.

Ini berdasarkan laporan mengatakan ada di antara lombong haram itu mampu memperoleh sehingga satu kilogram emas yang dianggarkan mencecah nilai RM190,000 dalam masa tiga hari melombong.

Selain itu, kegiatan tersebut juga menyebabkan berlaku kerosakan pada alam sekitar.

Sementara itu, sumber turut memberitahu kebanyakan lombong haram berkenaan beroperasi tidak jauh daripada lombong berlesen.

Keadaan itu, jelas sumber terbabit, sekali gus menimbulkan persoalan tentang penglibatan serta peranan mereka membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment