My Add

Friday 6 July 2012

FIM2012 bermula hari ini

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Julai, 20`12- Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menganjurkan pameran Franchise International Malaysia 2012 (FIM2012) selama tiga hari, bermula esok.

Program yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu akan mempertemukan syarikat francaisor dan francaisi terkenal dari dalam dan luar negara.

Program itu bertemakan "Transforming Economy: The Franchising Way" dijangka dihadiri oleh 11,000 pengunjung sepanjang penganjurannya.

FIM2012 akan turut diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri yang juga Penaung MFA, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Sabtu ini bagi menyampaikan ucaptama.

Sementara itu, FIM2012 turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti persidangan, pameran, bengkel peluang perniagaan francais dan demonstrasi produk francais.

Maklumat lanjut di laman web http://mfa.org.my/fim2012/ - UTUSAN

No comments:

Post a Comment