My Add

Friday 6 July 2012

RM200j dana untuk biayai projek rumah terbengkalai

PADANG SERAI, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) menyediakan peruntukan RM200 juta bagi menangani masalah rumah terbengkalai di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, RM14.5 juta telah dibelanjakan untuk kerja-kerja menyiapkan projek-projek terbengkalai sehingga 2011.

Katanya, sehingga kini 117 projek perumahan melibatkan 56,350 unit rumah direkodkan sebagai projek rumah terbengkalai di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 103 daripadanya melibatkan 20,365 unit rumah telah disiapkan membabitkan 11,999 pembeli yang mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment