My Add

Sunday 15 July 2012

Gelombang besar-besaran anak muda digerakkan

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Julai, 2012: Kerajaan akan menggerakkan gelombang besar-besaran dalam kalangan anak muda melalui platform 1Malaysia For Youth (1M4U) bagi mencetuskan kejayaan lebih gemilang kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berbeza dengan pendekatan pembangkang yang galak mencipta gelombang di kalangan orang muda bagi tujuan rusuhan dan demokrasi, kerajaan sebaliknya mahu gelombang massa itu membantu mentransformasi Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu kata beliau, sebagai komitmen kerajaan untuk menggerakkan gelombang tersebut, Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) berjumlah RM100 juta diwujudkan bagi menjayakan hasrat tersebut.

Pada masa yang sama satu Lembaga Pemegang Amanah IM4U yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri diwujudkan bagi menjayakan program berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment