My Add

Thursday 5 July 2012

Jangan terpedaya dengan panggilan palsu: KWSP

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Juli, 2012: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang ramai dan ahlinya agar berhati-hati terhadap panggilan palsu yang dibuat oleh individu yang menyamar menggunakan nama KWSP dan talian Hotline Anti-Fraud KWSP untuk menipu mereka. 

"Kami ingin menegaskan bahawa Talian Hotline Anti-Fraud tidak digunakan untuk menghubungi ahlinya tetapi hanya menerima panggilan daripada orang ramai. Oleh itu, kami ingin mengingatkan ahli agar berwaspada dengan aktiviti penipuan seperti ini," menurut KWSP dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Menurutnya, ahli yang menerima panggilan mencurigakan mengenai KWSP diminta membuat laporan melalui Talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121, yang beroperasi dari 8.15 pagi hingga 5.15 petang (Isnin ke Jumaat) atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP 03-89226000 atau melapor terus kepada polis. 

"Modus operandi bermula dengan mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa daripada KWSP meminta mereka untuk membuat pengesahan sama ada sudah membuat permohonan melalui internet. 

"Sebenarnya, semua permohonan pengeluaran KWSP perlu dihantar secara fizikal ke cawangan KWSP beserta dengan dokumen sokongan yang berkaitan," menurut kenyataan itu. 

Menurut KWSP, apabila mangsa memaklumkan tidak pernah memohon pengeluaran tersebut, penyamar berkenaan memberitahu kemungkinan berlaku penipuan melibatkan akaun mangsa. 

"Penyamar kemudiannya akan memaklumkan mangsa akan menerima panggilan daripada pihak 'polis'. 

"Penyamar lain yang mendakwa sebagai 'polis' seterusnya akan menghubungi mangsa dan meminta butiran akaun bank beliau," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment