My Add

Friday 6 July 2012

Malaysia laksana standard halal baru

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Isu makanan halal di negara ini tidak lagi menjadi topik bermusim di media bila Standard Halal Malaysia baru dikuatkuasakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Isu halal biasanya semakin mendapat perhatian menjelang Ramadan dan menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof, ini akibat kekeliruan pengguna tentang standard halal sebelum ini oleh kerana banyak badan terbabit dalam perkara berkenaan. 

Beliau berkata, mulai 1 Julai ini, pengguna boleh yakin bahawa semua makanan yang dijual di premis yang memasang logo halal benar-benar halal. 

"Demikian juga produk di pasar raya yang akan memasang logo tersebut mulai 1 Januari tahun depan," katanya. 

Beliau berucap pada Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) mengenai Standard Halal dan Infrastruktur Pematuhan bagi Pertubuhan Negara-negara Kerjasama Islam (OIC) di sini hari ini. 

Katanya, kementerian berkenaan sedang memajukan satu sistem dimana pengesahan logo halal boleh dibuat menerusi telefon bimbit. 

Beliau berkata, Malaysia satu-satunya negara Islam di dunia yang dapat menetapkan standard halal yang diiktiraf di peringkat global. 
Fadillah berkata, standard halal itu sedang dikemaskini dan diperkenalkan ke negara lain OIC bagi menentukan semua negara Islam memakai standard halal yang sama. 

Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Fadilah Baharin, berkata program latihan itu bertujuan menyediakan platform kepada negara OIC bagi mendapat dan memperkongsi maklumat dan pengalaman berhubung produk dan perkhidmatan halal. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment