My Add

Thursday 19 July 2012

Jawatankuasa khas tangani krisis air Selangor

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Satu Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan bagi membincangkan krisis air yang sedang dihadapi Selangor, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

"Jawatankuasa khas ini akan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dianggotai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan saya sendiri," katanya. Chin berkata, penubuhan jawatankuasa khas berkenaan dipersetujui ketika mesyuarat Kabinet semalam. 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) di sini. - BH Online 

No comments:

Post a Comment