My Add

Monday 2 July 2012

Jenazah pelancong Arab dikebumi di Langkawi

LANGKAWI, ISNIN, 92 Julai, 2012: Tiga pelancong berketurunan Arab yang maut dalam kemalangan antara sebuah teksi dengan lori simen di jalan Ayer Hangat Sabtu lalu akan dikebumikan di Langkawi. 

Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fairus Mohd Ghazi, berkata tarikh dan tempat pengebumian belum dipastikan kerana masih dalam perbincangan pihak keluarga terbabit. "Ini dipersetujui oleh keluarga terdekat mangsa dari Sudan yang datang ke Hospital Daerah Langkawi hari ini untuk menuntut mayat mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semua mangsa ialah adik-beradik iaitu, Miriam Mohamed Maisara Hameed, 26, Alaa Mohamed Maisara Abdul Hamed, 16 dan Mohammad Maysra Abdul Hameed, 18. 

Kemalangan itu berlaku pada jam 4 petang semasa ketiga-tiga pelancong itu menaiki teksi yang dipandu pemandu teksi tempatan. 

Pemandu teksi terbabit dan ketiga-tiga penumpangnya itu maut dalam kemalangan itu apabila teksi yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori simen di kawasan berhampiran tempat membakar sampah di Belanga Pecah. 

Tiga warga asing itu yang tiba di Langkawi pada 25 Jun lalu itu dijangka pulang pada hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment