My Add

Monday 2 July 2012

RM2,000 denda maksimum kesalahan jalan raya

RAUB, ISNIN, 02 Julai, 2012: Kerajaan bercadang menaikkan kadar denda maksimum kepada RM2,000 bagi kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dan pengguna jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, denda bagi kesalahan trafik pada masa ini masih dikekalkan sebanyak RM300 dan cadangan menaikkan jumlah denda tersebut hanya ditentukan oleh mahkamah bagi kes berkaitan kemalangan maut terutama kesalahan yang menyebabkan kematian.

Menurutnya, cadangan tersebut dibuat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan APJ (Pindaan) 2012 bagi membuat satu pindaan kepada subseksyen 79(2) yang akan menetapkan denda maksimum sebanyak RM2,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment