My Add

Friday 20 July 2012

Juruterbang terselamat, tiga penumpang masih hilang

KUCHING, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120, milik Sebiro Holdings, dalam penerbangan ke Nanga Merit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman, hari ini. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, ketika mengesahkan kejadian itu kepada Bernama, berkata juruterbang warga Jerman, Rico Steger, 35, diselamatkan sekumpulan nelayan tempatan manakala nasib tiga penumpang masih belum diketahui. 

Menurut Jabatan Penerbangan Awam (DCA), helikopter terbabit berlepas dari KIA pada pukul 8.57 pagi dengan tiga penumpang berkenaan iaitu seorang jurutera syarikat Sebiro Holdings dan dua juru perunding. 

Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk mengkaji sebuah projek di Nanga Merit dekat Kapit. 

Steger, yang berenang selama empat jam di muara sungai tersebut, kemudian dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau untuk mendapatkan rawatan perubatan. 

Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sudah melancarkan operasi mencari dan menyelamat tiga penumpang yang masih hilang itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment