My Add

Thursday 12 July 2012

Juvana Somalia ketepi tuduhan tembak komando M’sia

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Julaai, 2012: Seorang juvana Somalia, yang dituduh bersama enam lagi rakyat negara itu melepaskan tembakan terhadap komando Malaysia di Teluk Aden, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan tuduhan itu.

Remaja berusia 16 tahun itu memfailkan notis usul untuk mengetepikan tuduhan berkenaan pada 5 Julai melalui Tetuan Chooi & Company di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.

Salinan notis itu diedar kepada media hari ini.

Juvana berkenaan memohon mendapatkan perisytiharan bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Hukuman Lebih Berat) 1971.

Juvana itu, yang kini ditahan di Penjara Kajang, juga memohon mendapatkan perintah mahkamah agar tuduhan terhadapnya ditangguh untuk selama-lamanya dan/atau diketepikan untuk selama-lamannya dan/atau ditolak.

Pada 11 Februari tahun lepas, juvana berkenaan dituduh bersama enam rakan senegaranya melepaskan tembakan terhadap pasukan angkatan tentera Malaysia di atas kapal MT Bunga Laurel dalam cubaan merompak kapal saudagar itu dengan niat untuk menyebabkan kematian atau kecederaan, di kawasan kira-kira 250 batu nautika dari perairan Oman, pada 20 Januari tahun lepas.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment