My Add

Thursday 12 July 2012

Lelaki maut kemalangan di Jambatan P. Pinang

GEORGE TOWN, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Seorang ejen insurans maut manakala rakannya cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebuah lori di kilometer 1.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke seberang, dekat sini awal hari ini.

Ang Keat Sheng, 20, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala rakannya Pai Boon Hao, 20, dan pemandu lori, Tan Chee Lian, 25, cedera ringan.

Ketua Trafik/Ketenteraman Awam Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ASP S.Manogaran berkata, kemalangan pada pukul 5.15 pagi itu menyebabkan kesesakan teruk lebih lima jam di Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau menghala tanah besar.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, kereta yang dipandu Boon Hao merempuh pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori yang membawa muatan tong ikan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment