My Add

Tuesday 17 July 2012

Kecemerlangan ATM paling disegani

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Kepercayaan konsisten masyarakat dunia terhadap kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan pelbagai misi kemanusiaan antarabangsa menjadikan pasukan tersebut sebagai antara ketumbukan tentera paling disegani di rantau ini.

Panglima Markas Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Badaruddin berkata, perkara itu diperakui sendiri oleh para pemimpin angkatan tentera negara lain yang berkhidmat bersama ATM di Lebanon, Afghanistan dan Filipina.

Kata beliau, kecemerlangan benteng pertahanan negara dalam menjayakan sebarang misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) dengan penuh disiplin dan berkaliber sejak dulu turut melonjakkan nama negara sebagai antara tonggak tenaga bantuan kemanusiaan yang paling aktif. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment