My Add

Tuesday 17 July 2012

Pusat keselamatan makanan akan dibina

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Sebuah pusat keselamatan makanan akan dibina sebagai inisiatif meningkatkan kepercayaan pengguna ekoran kebimbangan berkenaan isu makanan tercemar.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pusat tersebut juga akan berperanan untuk mewujudkan kerjasama dengan pihak berkuasa keselamatan makanan di peringkat antarabangsa terutama bagi tujuan saintifik.

''Pusat yang akan dilengkapi peralatan makmal terkini ini akan didirikan di Salak Tinggi, Selangor tahun depan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dianggarkan menelan kos hampir RM65 juta dan dijangka siap pada 2015,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Keselamatan Makanan di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman dan Presiden Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT), Dr. Nik Ismail Nik Daud. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment