My Add

Wednesday 11 July 2012

Kediaman Orang Asli sekitar Lojing diancam hakisan

GUA MUSANG, RABU, 11 Julai, 2012: Lebih 400 buah rumah penduduk Orang Asli di beberapa kampung sekitar Lojing, kira-kira 110 kilometer dari sini didapati terdedah kepada hakisan tanah berikutan kegiatan pembukaan tanah untuk pertanian yang semakin tidak terkawal.

Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab. Aziz Yusof berkata, kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas semakin banyak memberi kelulusan kepada syarikat luar bagi pembukaan ladang sayur di kawasan tanah tinggi Lojing.

"Akibat daripada itu, kediaman penduduk Orang Asli terdedah kepada bahaya hakisan dan kejadian jalan runtuh seperti yang berlaku di sekitar Pos Sendrop," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Lojing hari ini.

Ab. Aziz berkata, walaupun kejadian hakisan belum mengorbankan penduduk Orang Asli setakat ini, tetapi kerajaan negeri harus menyekat mana-mana syarikat yang membuka tanah pertanian di kawasan berisiko tinggi itu.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kepimpinan kerajaan negeri sebelum ini, namun ia tidak pernah dipandang serius sebaliknya mereka menganggap kejadian hakisan dan tanah runtuh merupakan perkara biasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment