My Add

Wednesday 11 July 2012

Lebih 500,000 waran WPP PTPTN diagih sejak 1999

TEMERLOH, RABU, 11 Julai, 2012: Sebanyak 555,148 waran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) telah diagih sejak diperkenalkan pada 1999 sehingga 31 Mei lepas membabitkan peruntukan sebanyak RM832.7 juta.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pengagihan WPP bertujuan membantu pelajar yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan Politeknik.

"Sebelum ini, proses agihan itu dikenali sebagai Wang Pendahuluan Diri (WPD), ia telah mula dilaksanakan pada 1999 dan mulai 2003 proses agihan WPD telah ditukar kepada Wang Pendahuluan Pinjaman.

"Mulai Disember 2008, ia dikenali sebagai Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) iaitu selaras dengan kaedah baru pengurusan pembiayaan pendidikan PTPTN berasaskan syariah Islam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment