My Add

Friday 13 July 2012

Kerajaan BN tanggung lebih 90% subsidi untul pendidikan: PM

DUNGUN, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi memastikan kemiskinan tidak menjadi kekangan untuk setiap anak bangsa berpeluang mendapatkan pendidikan untuk mengubah nasib mereka, kerajaan Barisan Nasional (BN) menanggung lebih 90 peratus subsidi untuk sektor itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan menyediakan pelbagai subsidi dan bantuan dalam bidang pendidikan termasuk kemudahan pinjaman seperti Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Pinjaman PTPTN menjadi akses kepada ramai pelajar yang miskin untuk meneruskan pengajian. Kalau kita hapuskan (PTPTN), siapa nak bayar? Menerusi pembayaran balik pinjaman itu, ianya membolehkan kita berbudi (memberi pinjaman) pula pada yang lain.

"Kerajaan BN akan terus membela dan menyediakan kemudahan yang lebih baik lagi dalam bidang pendidikan untuk rakyat di negara ini pada masa depan," katanya ketika berucap pada program `Mengubah Destini Anak Bangsa' yang dihadiri lebih 20,000 pelajar dan warga Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) seluruh negara, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Naib Canselor UiTM Prof Ir Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment