My Add

Friday 13 July 2012

NGO buat laporan polis bantah perhimpunan 'Oren'

ALOR SETAR, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung hasrat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' di depan Istana Negara, esok. 

Naib Presiden Badan Generasi Prihatin 3R 1Malaysia, Fidel Firaidi Mustafa, berkata laporan polis itu dibuat kerana mahu menjaga kepentingan awam dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. "Saya amat berharap supaya polis mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menghalang perhimpunan tersebut.
 
"Kita tidak mahu negara kita terus dicemari dengan demostrasi jalanan yang akan merosakkan nama negara dan juga FELDA," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini, hari ini. 

Bendahari pertubuhan itu, Mansor Ahmad pula meminta supaya ANAK membuat kajian dulu sebelum mengadakan perhimpunan tersebut. 

"Dah banyak keuntungan yang diperolehi oleh FELDA. Mengapa mereka masih tidak berpuas hati? Sepatutnya mereka perlu siasat dulu sebelum mengambil tindakan ini (adakan perhimpunan)," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment