My Add

Thursday 26 July 2012

Kerajaan BN tidak memerintah secara populis - Najib

AMPANG, RABU, 25 Julai, 2012: Kerajaan tidak akan mampu meletakkan asas kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan jika mengamalkan pemerintahan yang bersifat populis, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kegagalan menyediakan asas berkenaan dan hanya mengejar sokongan serta populariti rakyat akan menyebabkan segala bantuan tidak dapat disalurkan secara berterusan.

"Untuk janjikan sesuatu sangat mudah. Tabur janji bukan sukar tetapi yang mencabar ialah sama ada pemberian kepada rakyat tidak jejaskan ekonomi, sebaliknya dapat menjamin ekonomi terus berkembang di samping boleh terus bantu dan bela rakyat secara berpanjangan.

"Inilah falsafah di sebalik pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada majlis iftar bersama rakyat negeri Selangor di tapak Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata tanpa mengamalkan sifat populis, kerajaan BN mampu mengolah dasar yang boleh menggalakkan pertumbuhan ekonomi secara mampan dan sihat.

Katanya dengan mencetuskan punca serta menambah kekayaan kepada negara, pelbagai sumbangan boleh terus diberi kepada rakyat termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Kalau main hulur, berapa lama dapat bertahan? Jawabnya tak lama.

"Kalau berbelanja tanpa fikir mana punca tambah pendapatan, bukit yang tinggi pun boleh jadi tanah mendatar," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment