My Add

Thursday 12 July 2012

Kod etika peranan kerajaan sementara sebelum PRU-13

Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
IPOH, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam proses merangka kod etika peranan kerajaan sementara untuk memerintah dan mengurus negara selepas Parlimen dibubar untuk pilihan raya umum ke-13. 

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR menubuhkan satu jawatankuasa bagi meneliti perkara itu sebelum ia dirujuk kepada Peguam Negara dan seterusnya dibincangkan dengan kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Di bawah perlembagaan kerajaan, apabila Parlimen dibubar kerajaan sekarang ini berhak berperanan sebagai kerajaan sementara kerana tiada negara di dunia ini yang tidak mempunyai kerajaan dalam satu masa. 

"Jadi SPR berperanan merangka etika itu kepada siapa (kerajaan) yang memerintah dan ia (etika) perlu dipatuhi. SPR akan merangka secara menyeluruh termasuk mengkaji dokumen di Australia dan United Kingdom untuk dijadikan contoh sebelum berbincang dengan pihak undang-undang (Peguam Negara)," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 kepada pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment