My Add

Thursday 12 July 2012

Lelaki Indonesia khayal hidu gam mengamuk

TEMERLOH, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Seorang lelaki warga Indonesia yang khayal selepas menghidu gam, bertindak agresif dengan mengamuk di sebuah kedai serbaneka di Semantan, di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian 4 pagi itu, lelaki berusia 40-an itu bersenjatakan sebatang kayu bertindak menceroboh masuk ke premis berkenaan dan nyaris mencederakan dua pekerja premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd. Noor Mansor berkata, lelaki yang tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek kemudiannya bertindak menyepah serta merosakkan barangan di premis berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya berjaya diberkas orang awam dan diserahkan kepada anggota polis peronda yang tiba di tempat kejadian sejurus itu, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment